03 June 2010

Kerja Sambilan "Guru Tusyen Cemerlang"

View Comments


Assalamualaikum, salam satu malaysia (uwek2)

Di keheningan malam ini, aku gagahkn mata ku ini utk mengepost something kt blog aku yg dh naik semak dan bersarang tebuan merata2.. Malam ni nk cte la pasal life aku sebagai seorang guru tusyen sambilan pada sebelah malam selepas penat lelah di siang hari sebagai seorang jurutera latihan industri berkaliber. haha..

Pergh ade mud mlm ni nk wt post mlm ni sempena genapnya sebulan aku jdik seorang guru tusyen kepada beberapa orang 'budak' dalam lingkungan umur 3 hingga 12 tahun shj. xde 18sx yea tuan2 dan puan2.. aduhai cabaran mendidik dak2 kecik ni mmg tersangatlah ... aduhai xleh nk digambarkan la plak dgn kata.. hanya tuhan sahaja yg tahu.. selain ibu bapa mereka yg juga tahu keperitan aku.. hoho.. memang btul la peribahasa yg kte belajar dlu mse kecik2 dlm subjek sastera "Melentor buluh biarlah dari rebungnya" dan "kecik2 cili padi" (yang ni sebenarnye xde kne mengene). Memang btul2 kne lentur buluh kalo nk didik budak2 ni.. lg bes kalo kite lentur rotan kt punggung mereka. aduhai besnye.. nyum2.. huahua~

Aku ni disebabkn nmpk cm matang, diberikan tugasan ngaja dak umur 3taun yg sgt bijak berimaginasi dan seorang budak tadika berumur 6 taun yang tersangatlah ske melukis. Semua keje sekolah yg ade kaler2 n lukis2 je yg rajin.. Bab2 menulis, mengeja, mengira, mentelaah, mentekedarah, semuanya haram nk wt selain lpas da kne marah2 ngan aku. garang kn aku? haha.. dak2 kecik leh la.. Marah2 sayang namanye yea.. Asal datang tusyen je, sruh aku melukis. Kirenye, aku pon secara xlangsung belajar melukis kt sini. hahaha~ lukis keretapi, gajah, zirafah, rumah 2tingkat, oltomen, power rangers, kartun ntah pape, bla.. bla.. blaa... zzzzzz....

ni aku sajikan beberapa budak2 nakal kampung dusun yang dalam proses pemulihan akhlak.. hahaha~


Korang tgk sndri, pergh time bergambo bukan main posing mcm2.. haha.. rndu pula zaman kanak2 dahulu.. kalau lah boleh kembali ke zaman kecil ku.. Kadang2 ble tgk telatah dioarg ni yg berbagai.. hilang sedikit kerunsingan+ketensenan aku..

Wasalam~ :0

Monkey Icon Monkey Winks Cici Monkey Emoticons Monkey Wink Yoyo Monkey Emoticons Monkey Icons Yoyo Monkey Icons Monkey Icons Cici Monkey Icons Monkey Wink Yoyo Monkey Emoticon Cici

13 May 2010

Latihan industri

View Comments


Assalamualaikum org kampong..
(pergh cam gempak je kata alu-aluan aku. haha)

aduhai mne la peginye azam aku ni.. bajet mula2 dlu nk aktif berblogging kembali. tp aduhai mslh masa xmengizinkan la plak kn. huhuhu.. Untuk pengetahuan pembaca yg budiman, skang ni aku tga wt praktikal aka latihan industri di sebuah kedai elektrik di parit raja. Ini je la kedai yg sanggup menerima budak mentah yg xtw pape ni dlm bidang pekerjaan. Aku dengan bangganya menerima tawaran untuk meneruskan prktikal di kedai tersebut. Ape da praktikal kt KEDAI je.. xde brg la beb. hohoho... itu la first impression aku mse mula2 terima tawaran ni. Tapi malangnya, hari ujan xkn ujan selama-lamanya, hari demi hari, makin melambak2 ilmu aku pelajari dlm pelbagai bidang kejuruteraan. woohh sangat seronok. Hoho korang ingat aku praktikal sini dok jual komponen elektronik je ke? sori la beb. Belajar cmne nk wt tender n sebutharga. Belajar jual komponen (kerja basic). Belajar repair PC yg rosak dari hardware, format smpai la ke software nyer. Belajar berurusan dengan klien. terbaru dpt join FUAD ELECTRICAL AND CONSRUCTION SDN BHD wat wiring untuk PA system kt Kolej Kediaman Taman Universiti yg melibatkan 4bijik blok. Aku rse ni la projek yg akan amik masa yg lama utk settlekn. Setakat ni dah siap piping n tarik wayar untuk 1st blok aras bwh. Esok smbung aras atas lak. hoho.. Dalam masa yg sama, join projek bos besar EN TONI utk bangunkan satu sistem mesin utk produk terbaru mereka BIO ZASS. Mula dari zero. Skang ni tga pening pale nk design mixer machine utk produk yg akan dihasilkn.

Ha ni je la kot yg aku ingat wt mse skang ni. byk bende kene pikir. Ha sblm aku lpe, msuk keje pagi kul9 smpai kul6 ptg. N sambung ngajo tusyen (carik duit lebih nk wt kawin) pada sblh malam bermula jam830 smpai jam1030. Sekian..

Wassalam :0

(sori aku serabut, xde pantun wt entri ni.. hehe :p)

Monkey Icon Monkey Icons Monkey Winks Monkey Icon Monkey Icon Monkey Winks Monkey Icon Monkey Icons Monkey Emoticons Monkey Winks Monkey Winks

ARSENAL | THE GUNNERS

JAWATAN KOSONG KERAJAAN | SWASTA

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers