26 December 2008

Result ku sudah menjelma..

View Comments
akhirnya penantian ku berakhir..
setelah berkurun2 lamenye menunggu
akhirnya pada rabu lepas tanggal 24 bulan Disember
menjelma juga result di paparan skrin laptop ku.. ha3

Alhamdulillah..
bersyukur ke hadrat ilahi..
usahaku sem lpas berbaloi dgn penat lelahku..
walaupn tidak mencapai target, tp rse2 nye ok la..
still dpt maintain kn my performance..
masih ade 3sem lg utk aku baiki lg kelemahan n
naikkan my CPA..

Tahniah kepada rakan2 yg berjaya mencapai target..
yg xbjaye, jgn la putus asa ye.. sume ni rezeki..
ape yg penting? usahasama.. hi3..
xsemestinye usaha bermati-matian akan mendpt kejayaan..
msti ade sumthing yg wtkn anda diuji dgn cubaan dr ilahi..
xckup smbhyg ke, ske sakitkn ati kwn ke, xbyr utang ke,
curik pelam umh sblh ke, mkn kt ohara xbyr ke.. hoho3
cbe la follow 35 petua pelajar cemerlang kt post sblm ni..
insyaALLAH dgn izin-NYA kite akn berjaye di dunia n akhirat..

Akhir kata thanks 2 my beloved mom and dad
yg tidak pernah mengenal erti putus asa
memberi sokongan kepada anakandamu ini..
semoga kejayaan ini dpt mengembirakan hati mereka..



+hoyeh3+

Monkey Winks Monkey Icon Monkey Emoticons Monkey Icons Monkey Icon Monkey Icon Monkey Winks Monkey Icon

18 December 2008

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah~

View Comments

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepenuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
huhu.. byknya petua yang perlu ikut kalo nk jadik pelajar cemerlang..
yg font warna-warni 2 adalah petua2 yg dh pn aku amalkan.
yg font kaler itam 2 yg aku akan cuba amalkn..
rupanya byk lg petua yg aku kne semai dlm diri ku ini..
maknanya aku blum lg dikategorikan sbg pelajar cemerlang. hu3..
akan ku usahakan segala2nya..
semoga berjaya ABU ZAR ZABIDI..

+Chaiyook3+

Monkey Icons Monkey Winks Monkey Icon Monkey Icons Monkey Winks Monkey Icon Monkey Icon Monkey Winks

15 December 2008

Menanti keputusan exam~

View Comments
tik..tok..tik..tok..
huk2.. penantian yang menyeksakan..
ble la nk kua result exam ni..
hope dpt result yg terbaik berbaloi dgn usahaku sem lpas..
semester yg sgt memenatkan..
rse2nye ni la sem yg aku paling bz n aku paling aktiv..
subjek sume tough2 lagi2 control ngan analisis sintesis..
projek melambak n sume wat las2 minit.. hi2..
biase la ble bekerja berkumpulan..
xkn nk wat sorang2 plak kn.. ikut majoriti la..
alhamdulillah sume berjaye siap dgn jayanya..

semester ni gak la aku cbe stat study grup..
slame ni dgr cite study grup xberkesan..
n semester lpas aku cbe buktikan yg sume tanggapan 2 slh..
tnggu je la result nanti cmne..
tq 2 all my study grup members..
PALAN, USTAT, MAD LANGKAWI
QISH, AIZAH, SARAH n NISA
n xlpe jgk kat ATON, GG ngan IEJA yg slalu jenguk kitaorng.. hi3

dan lg satu penglibatan kelab utk sem ni pn memberangsangkn..
xsia2 aku join kelab KKE..
byk btul peluang aku blaja berorganisasi..
mule2 bz dgn karnival kelab.. dpt tmpt ke-3 booth ceria. he3..
lpas 2 dpt peluang lak jdik pengarah prog utk program motivasi..
dpt jalan smpai sg petani.. haha~ ske3..
n yg paling penting skali dpt peluang g oversea..
xla jauh sgt.. g INDONESIA je..
tp 2 la pengalamn yg paling xleh dilupakan..
mungkin sekali je seumur idup..

+Alhamdulillah sume terlaksana dgn jayanya+
+AMIN+

Monkey Icon Yoyo Monkey Emoticons Monkey Emoticon Monkey Icon Monkey Emoticons Cici Monkey Icons Cici Monkey Winks Yoyo Monkey Icon

04 December 2008

Pencemaran di PARIT RAJA~

View Comments

Ape perbezaan yg anda dpt lihat between 2 pic above?
ye betul.. kedua2 nya adalah air kopi. haha~
tp yg kiri 2 kopi yg xboleh diminum..
kalo nk minum pn leh gak tp esk mulut berbuih la.. haha~
apela nk jadik ngan sumber air skang nie?
da la beberape hari xde air..
lpas da ade leh lak salirkn air kopi kat umah di kawasn kami.
ish3.. hampeh3..

+Cobaan+

Monkey Winks Cici Monkey Emoticons Monkey Wink Yoyo Monkey Emoticons Monkey Icons Yoyo Monkey Icons Monkey Icons Cici

03 December 2008

Shopping di overseas.. hihi~

View Comments
xbyk la dpt shopping kt sne sbb xbwk byk duit..
pengaruh akak2 la ckp brg sne murah2.. haha~
da la agk bengang mse mule2 2 cm xde peluang nk bli buah tgn..
nasib baik last day 2 Pak Wan tukang dreber bwk g kdai souvenir.
pulun abis la bershopping nk abiskn duit rupiah. haha~
kt bwh ni antara brg2 yg mampu aku bli..


telekung mmg byk kt sne..
nk pattern n color pe? ckp je. sume ade..
so bli la utk IBUNDA ku tercinta..
dan bj batik utk AYAHANDA ku tersyg..
xtaw la muat ke x.. haha~



Ni natang pe nie? haha~
bukan kain pelikat or kain sarung or kain samping ea..
ini adalah kotak menyimpan brg yg dibalut dgn kain yg cntik..
tertarik aku ngan kotak ni. trus grab.. haha~
bli pn xbyk.. utk adik bradik je..

Ni bukan aku bli ea..
ni free je dpt dr Universitas Bung Hatta..
tanda kenang-kenangan..
sje nk tnjuk.. haha~

Baju ni agk menarik la..
bli untuk diri sendiri.. hahaha~
warna putih n ade gambar jam gadang.
leh pakai g kuliah nanti.. hoho~


xlpe gak kepada rakan2..
xbli byk pn. ade la skit sbg buah tgn dr sne..
keychain ni bli kat Bukittinggi..
salah satu tempat pelancongan kat padang nie..
nasib baik sempat bli.. kalo x nangis gak la. hihi~

+TAMAT+

Monkey Emoticon Monkey Icon Monkey Winks Monkey Emoticons Monkey Icon Monkey Emoticons Monkey Winks Monkey Icons

ARSENAL | THE GUNNERS

JAWATAN KOSONG KERAJAAN | SWASTA

Related Posts with Thumbnails