03 June 2010

Latihan Industri [3 JUN 2010]




Assalamualaikum salam selamat malam waalaikumussalam...

Aku rse cm xpnh update je latihan praktikal yg aku tga buat skang ni. Dlu mule2 start LI, semangat berkobar2 2 sgt la membara nk update stiap latihan yang telah dijalankan. Jgn harapkan nk update kt blog, nk update kt buku log pon rse berat je tgn. haha~

Start arini aku cbe la update skit2 latihan yang aku telah dan akan lakukan selama berpraktikal di IMATRIX Corporation (M) Sdn Bhd. Hari ni tanggal 3hb JUN, kami berempat terdiri dari semua pelajar UTHM yang menjalani latihan industri di sini diberikan tugas yang sgt menarik untuk disettlekan iaitu membuka semua CCTV yang berada di perpustakaan UTHM. Eh, npe nk bukak lak?? ha.. skang ni semua pentadbiran perpustakaan dalam proses pertukaran ke Perpustakaan baru UTHM yang telah siap pun di bina. Aduhai.. baru aku tw upanye library baru dah pun mula dibuka dan diupdate secara berperingkat2.. jgn kata buku, staf pun dah xwujud kt library lama. Yang tinggal hanya secebis kenangan.. cewah.. Merapu kuat. Yang tinggal hanyalah meja dan bangku serta rak2 kosong. Yang lain2 semuanya dah di'transfer' ke library baru.. Ini antara pandangan2 menarik di dalam library lama yang telah berjaya dikosongkan oleh staf2 library UTHM. Tahniah utk mereka.. :0



Ha.. gitulah gamaknya keadaan library lama yang usang yang sudah tiada pengunjung. Ntah jadik ape la bangunan ni lpas ni. 4tahun aku belajar kt UTHM, hari ni la kali pertama aku dapat jalan merata2 ke seluruh pelosok library lama. Haha.. Macam2 ada~ Korang ble lg? haha..

Ha.. baru intro pasal library. Ni baru nk start cite pasal kerja2 uninstall semua sistem CCTV kat library lama di kampus induk dan kampus bandar. Banyak rupanya CCTV kt library ni tersorok dan trselit merata2 bajet si pencuri xprasan. haha. Kat kampus bandar, jumlah CCTV yang perlu dibuka sebanyak 11set dan kampus induk sebanyak 16set keseluruhan. Hoh.. bukan mudah nk bukak menatang ni. Aduhai gara2 peralatan yang dibawa tidak lengkap, kami terpaksa mengaplikasikan idea2 dan teknik2 pelik tapi berkesan. Yang penting CCTV ni berjaya dibuka walaupun dengan apa cara sekalipun. Akhirnya semua kerja membuka CCTV berjaya diselesaikan menjelang jam6 petang. Hari ni balik lambat la plak. huhu.. Antara gambar2 semasa operasi menculik CCTV dari library tanpa meninggalkan sebarang bukti dan jejak.





Setakat itu jela wat hari ini. Satu ilmu baru dipelajari hari ini. Harap2 lpas ni dpt peluang belajar pendawaian untuk pemasangan CCTV lak.. Setakat bukak2 CCTV ni, dh power dah. haha

Adios. Amigos. Alligator. Assalamualaikum. :)

P/s: Kalo xwt kerja buka CCTV arini, mmg xtw pon library dh pindah ke bangunan baru. hehe

Monkey Emoticon Monkey Winks Monkey Icon Monkey Emoticons Monkey Icon Monkey Winks Monkey Icon Monkey Winks Monkey Emoticons Monkey Winks Monkey Icons

blog comments powered by Disqus

ARSENAL | THE GUNNERS

JAWATAN KOSONG KERAJAAN | SWASTA

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers